11 Jenis Media (Kertas) Yang Biasa Digunakan Di Kedai Percetakan

Kalau sebut printing atau percetakan, mesti tak lari daripada kertas ataupun bahan yang digunakan untuk dicetak. Dalam bidang percetakan, bahan untuk dicetak biasanya disebut ‘media’ sebab itu bahasa yang digunakan di dalam setting printer.

Terdapat pelbagai jenis kertas dan kad (media) yang boleh digunakan untuk mencetak. Setiap cetakan perlu dikenalpasti apakah kegunaannya baru kita boleh tentukan apa jenis media yang sesuai untuk dicetak. Lain media, lain mesin cetaknya. Tak semua media boleh dicetak guna mesin offset atau digital.

Jom kenali kertas dan kegunaannya.

Ketebalan

Media ni ada pelbagai ketebalan. Kertas ni biasanya untuk ketebalan bawah 160gsm. Lagi tinggi dari 160gsm disebut kad.

Kategori kertas

1. Simili / woodfree paper

Ciri-ciri:

  • Kertas yang sangat popular digunakan di pejabat
  • Berat antara 70gsm – 100gsm
  • Biasanya berwarna putih. Tapi boleh juga didapati dalam pelbagai warna.Kegunaan:
  • Fotostat
  • Dokumen
  • Modul pelajaran, kertas peperiksaan
  • Resit dan invois
  • Cetakan umum di pejabat / rumah

Harga 1 ream bergantung mengikut ketebalan. Jenama IK 80gsm dalam RM10. Double A dalam RM12.

2. Art paper

Ciri-ciri:
Berat antara 80gsm – 157gsm
Berwarna putih
Permukaan licin

Kegunaan:

  • Risalah / flyers / brochure
  • Poster
  • Majalah

3. Craft paper

4. Conqueror paper

Ciri-ciri:

  • Berat di antara 216 – 446 gsm.
  • Memiliki tekstur yang kasar, serat berbentuk garis halus
  • Tebal
  • Berwarna putih atau krim

Kegunaan:

  • Sijil
  • Surat undangan
  • Kad ucapan
  • Menu restoran

Kategori kad

5. Art card

Berat antara 230gsm – 360gsm
Sesuai untuk cetakan warna
Permukaan ada jenis glossy dan juga matt. Biasanya glossy lebih nampak warna menarik.

Kegunaan:

  • Bisnes Kad
  • Poskad
  • Kulit buku
  • Katalog

6. Ivory card

Ivory card atau simili card, sama macam simili paper bezanya pada ketebalan.

7. Linen card

Ciri-ciri:
Berat di antara 216 – 446 gsm.
Mempunyai tekstur garisan yang halus dan cetakan timbul dengan corak ‘crosshatch
Tebal

Kegunaan:

  • Kad ucapan
  • Kad nama
  • Poskad
  • Kulit buku atau nota
  • Menu restoran

8. Craft card

Ciri-ciri:
Berat antara 40 – 135 gsm.
Tekstur berliang
Permukaan agak kasar
Berwarna coklat

Kegunaan:

  • Kad ucapan
  • Bag Kertas
  • Pembungkusan produk

9. Gray board

Kategori PVC & large format

10. Tarpaulin PVC

11. Synthetic paper

 

 

 

Rujukan:
http://www.anugerahdino.com/2014/03/jenis-jenis-dan-ukuran-kertas.html
http://designprintingmy.blogspot.my/
https://www.papermilldirect.co.uk/inspire/post/say-hello-to-our-beautiful-textured-linen-card
http://clover-online.com/ukuran-berat-kertas-gramatur-kertas.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *