13 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pengiklanan Bunting

Anda mesti selalu nampak bunting iklan sepanjang jalan yang selalunya digantung di tiang lampu ataupun pokok. Kali ni kami nak share perkara yang perlu anda tahu sebelum nak buat pengiklanan bunting.

1. Kos yang tinggi

Memang tak dinafikan kos pengiklanan bunting adalah lebih tinggi berbanding kos pengiklanan secara online. Sebab utamanya nak kena cetak banyak bunting. Lepas tu kos permit pun dikira ikut hari atau bulan. Deposit cagaran pun ada juga. Kos permit semua ni bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan yang anda nak gantung bunting tu.

2. Design perlu ringkas

Design bunting untuk nak gantung di tiang lampu ni tak boleh letak banyak sangat tulisan. Pastikan tulisan besar sebab yang nak baca ni dari jarak yang jauh dan kenderaan yang bergerak. Tak sempat nak baca kalau tulisan kecil dan banyak teks.

3. Sah Bahasa di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

Bunting yang nak digantung untuk tatapan umum secara sahnya perlu mendapatkan pengesahan DBP.

Macam mana nak dapat kelulusan DBP?

Kalau nak lulus DBP, paling penting tajuk terpampang kat bunting hendaklah dalam Bahasa Melayu. Kalau nak buat dwibahasa atau tiga bahasa, pastikan ada Bahasa Melayu di atas sekali.

Jangan risau, DBP ada menyediakan khidmat online untuk semak Bahasa Melayu yang betul. Kos dari RM10 untuk satu artwork. Boleh layari dbpsahbahasa.my. Proses DBP akan ambil masa 3-7 hari bekerja untuk dapatkan kelulusan maka sila plan siapkan artwork lebih awal.

4. Urusan di PBT

Anda cuma perlu ke PBT terdekat dan dapatkan borang di sana. Terus isi borang permohonan permit di pejabat PBT. Pastikan isi borang dengan betul dan sertakan dokumen sah bahasa dari DBP untuk diluluskan. Anda perlu ingat selagi tak dapat pengesahan DBP, selagi tu tak boleh memohon permit ya.

5. Kuantiti Bunting

Yang ni ada dua strategi. Strategi pertama buat sepanjang jalan. Contoh kalau satu jalan ada 10 tiang. 10 jalan dah 100 tiang dan seterusnya.

Strategi kedua, buat di ‘spot area’. Tempat di mana geografi audien anda berada. Atau bahasa mudahnya kat mana prospek dan bakal pelanggan anda selalu berada. Anda kira la berapa tiang lampu area tu, baru decide nak gantung banyak mana.

6. Siapa tukang gantung?

Lepas dah print bunting, mestilah ada tukang gantungnya. Yang ni kalau nak jimat, boleh je buat sendiri. Anda cuma perlu ada tangga dan pastikan berani dan tidak gayat. Yelah, nak panjat tiang lampu tengah2 jalan yang kereta laju berdesup. Kerja yang agak berisiko. Atau anda boleh tanya tempat anda print kalau ada pakej print sekali dengan bunting installation.

7. Waktu sesuai nak gantung

Cuaca di Malaysia ni kita sedia maklum panas pada waktu siang. So kalau nak gantung siang, pastikan standby botol air. Pilihan yang tepat adalah buat kerja menggantung bunting pada waktu malam, sejuk sikit dan kereta pun tak banyak. Cuma waktu malam ni kadang-kadang nak lintas jalan, kereta laju sebab tak banyak trafik.

8. Tempoh permit

Apakah tempoh permit yang sesuai? Yang ni elok sama dengan tempoh kempen yang anda nak buat secara online. Selain kira faktor kos permit, untuk awareness, minimum ialah 2 minggu sebelum mula event/sale.

9. Jalan larangan

Time apply permit, biasanya ada garis panduan jalan mana yang tak boleh gantung bunting. Tengok la kat Google Map dulu nak gantung kat jalan mana. Pilih jalan yang trafik tinggi supaya ramai akan nampak bunting. Kalau anda gantung juga di jalan larangan, esok lusa tengok balik confirm PBT dah turunkan.

10. Sticker permit

Lepas permohonan permit anda diluluskan, anda akan dapat sticker permit. Yang ni wajib tampal kat bunting mengikut yang digariskan oleh PBT. Kalau pegawai penguatkuasa PBT buat rondaan tengok takde sticker, dia cantas aje.

11. Peralatan

Gambar kredit ECVV.com

Selain bawa tangga, anda juga perlu bawa bekalan dawai dan playar. Bila ke kedai hardware, pastikan beli dawai yang tebal bukan yang halus tu. Dawai tebal ni kuat dan senang nak pulas dan ikat pada tiang besi

12. Siapa nak turunkan

Last sekali bila dah tamat tempoh permit, anda hendaklah turunkan balik bunting tu. Macam biasa kalau nak jimat, boleh buat sendiri. Atau boleh tanya tempat anda print kalau ada pakej sekali pasang & turunkan bunting.

Kalau tak turunkan semua bunting tu jangan harap la nak dapat wang cagaran tu balik.

13. Cagaran

Semasa mendapat kelulusan permit, anda boleh cek siap-siap bila tempoh untuk hantar permohonan cagaran ni, bergantung kepada PBT. Ada yang dalam masa 3 hari lepas tamat tempoh permit.

Anda kena alert sebab kalau dalam masa 3 hari tu tak submit borang cagaran, kemungkinan besar duit cagaran tu tak dapat balik tau. Proses nak dapat cagaran ni bukan sekejap.

Ada yang makan masa 2-3 bulan baru duit tu masuk dalam akaun kita semula.

Kesimpulan

Nak buat pengiklanan bunting ni tak susah. Senang je. Kos pun tak mahal sangat seperti buat billboard setahun tepi highway.

IpohPrint ada menawarkan servis gantung bunting siap permit. Hubungi segera untuk mendapatkan khidmat kami dan membantu promosi bisnes anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *