20+ Istilah dan Jargon dalam Dunia Percetakan Yang Perlu Anda Ketahui

Jargon atau istilah yang selalu digunakan oleh orang dalam industri percetakan.

1. Digital printing
Cetakan yang pantas dan boleh ambil order kecil walau sekeping.

2. Offset printing
Cetak atas kertas yang besar dan banyak. kemudian dipotong kecil. Perlu kuantiti yang banyak.

3. Inkjet printing
Cetak banner, bunting, billboard dan sebagainya, atas permukaan yang besar

4. Saddle stitch
Untuk buat booklet, buku program. Selalunya bila kertas lipat dua, kemudian stapler di tengah.

5. Perfect binding
Binding macam majalah atau buku. Kulit nipis.

6. Hard bound
Untuk buku yang hard cover / kulit tebal, macam thesis kena hard bound.

7. Silkscreen printing
Design Baju yang di cop guna. Kalau design t-shirt satu/dua warna dan kuantiti banyak.

8. Sublimation
Print design/corak atas kain lepas tu baru jahit.

9. Heatpress
Proses pemanasan untuk lekatkan design sticker pada baju, mug dan sebagainya.

10. Bleed
Apabila artwork tu terkeluar dari artboard untuk dicetak

11. FA
Final artwork yang kedai atau kilang perlukan, ada bleed, tulisan dah create outline, gambar dah embed, format PDF dan warna CMYK.

12. Large format
Cetakan poster berwarna bersaiz lebih besar dari A3 seperti A2, A1 dan A0.

13. Plotter
Cetakan hitam putih, selalunya untuk lukisan pelan arkitek, bangunan, kontraktor.

14. Die cut
Sticker yang dipotong mengikut bentuk custom.

15. Finishing
Proses kemasan yang dibuat selepas print seperti potong, trim, laminate dan sebagainya.

16. Laminate
Proses memasang lapisan plastik supaya nampak berkilat atau kusam.

17. Spot UV / berkilat timbul
Untuk nampak efek berkilat pada logo dan rasa timbul bila disentuh.

18. Hot stamping / berkilat keemasan / silver
Untuk nampak eksklusif bila ada tulisan, logo atau corak yang berwarna emas, silver yang berkilauan.

19. Finishing Metallic
Kemasan yang nampak macam cat kereta. Sesuai untuk packaging kalau nak nampak premium.

20. Creasing Line
Garisan ni untuk buat lipatan brochure atau packaging tu kemas. Supaya bila lipat takde kesan ‘crack’.

21. Perforate
Banyak digunakan untuk buat kupon atau baucar, senang nak koyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *