Marketing

5 Item Yang Perlu Ada Apabila Anda Nak Mula Bisnes

Share this post

Tahniah sebab anda mempunyai keberanian untuk memulakan bisnes sendiri. Samada anda buat secara part time atau full time, ini senarai item yang anda perlu sediakan untuk menjalankan bisnes dengan penuh bergaya & konfiden.

1. Business Card

Bisnes kad ni marketing tool yang paling senang dibawa sebab saiz yang kecil dan boleh disimpan dalam wallet. Pastikan standby 1 kotak dalam kereta, 1 kotak atas meja pejabat dan juga sekurang-kurangnya 5 keping dalam dompet.

Bila jumpa prospek, klien ataupun supplier, boleh la bertukar-tukar bisnes kad.

2. Cop getah

Cop getah ni ibarat cop jari syarikat atau perniagaan anda. Bila nak buka akaun bank, mesti pegawai bank akan minta SSM, cop getah dan kehadiran bisnes owner atau pengarah.

Cop getah ada jenis biasa dan jenis flash stamp yang ada ink yang boleh refill.

3. Buku resit

Bila buat bisnes, mesti akan melibatkan duit keluar masuk. Kalau ada customer beli barang, resit kena beri sebagai bukti pembelian. Sama juga kalau beli barang dengan supplier, kita nak simpan resit untuk rekod.

Tapi kalau nak nampak resit bisnes & syarikat anda lagi diyakini, lebih baik dapatkan buku resit yang siap ada logo, alamat dan nombor telefon.

4. Flyers / brochure

Selain bisnes kad, flyers dan brosur ni pun perlu standby bila buat marketing. Pastikan sentiasa ada dalam beg dan juga dalam kereta.

Flyers biasanya saiz A5 atau A4. Lagi besar lagi banyak info dan gambar boleh dimasukkan.

5. Bunting / banner

Bunting dan banner ni sesuai kalau anda ada premis, kiosk, booth yang nak orang nampak dan datang ke kedai. Kalau buat bisnes dari rumah, bunting pun dah cukup.

Banner juga sesuai untuk buat banner ‘teaser’ atau banner ‘akan dibuka’. Banner sebegini boleh digantung sebulan sebelum kedai anda dibuka.

Selalunya item-item di atas ni boleh ditempah di kedai percetakan. IpohPrint menawarkan perkhidmatan percetakan secara online.

Jangan lupa untuk Share dan Like artikel ini ya. Semoga bisnes anda terus maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Related stories

%d bloggers like this: