5 Perkara Yang Buat Printing Geram Bila Dapat Artwork Dari Pelanggan

Sejak aku buat bisnes printing 2 tahun ni, ada macam2 ragam dan kerenah pelanggan yang tim kami terpaksa layan.

Tapi sebagai designer ni adalah 5 perkara yang memang geram bila dapat artwork dari pelanggan.

1. Missing Font

– yang ni selalu berlaku kalau guna font yang takde dalam komputer orang lain
– bukan semua design guna font standard macam arial, times new roman
– kadang standard – windows dan mac pun berbeza. helvetica, avenir
– so camne nak atasi – da 2. attach file font yang super fancy/canggih dgn file AI
– cara ke2 – create outline. tapi yg ni kalau betul da final artwork. kalau tak jenuh nak adjust text

2. Image Missing Link

– yg ni berlaku, kalau designer hanya Place image ke dlm AI. AI ni bijak. dia akan refer location yg ada dlm computer designer
– tapi bila transfer file ke computer kedai Print, file tu tak wujud dlm location tu
– cara nak atasi, setiap gambar tu kena tekan butang ‘Embed’

3. Terlebih resolution

– yang ni standard la bila da embed gambar, atau copy paste dari tempat lain
– gambar asal super duper besar. bila designer masukkan dlm AI, dia pun resize jela mcm biasa
– tapi AI ni masih simpan file asal
– so jadi la resolution terlebih dari standard printing iaitu 300dpi
– nak atasi – tekan Object – Rasterise. Kalau perlu transparent, pilih transparent

4. Takde bleed

– tak semua designer faham kepentingan bleed ni. bleed ni ialah ruangan extra yg kita akan potong di atasnya.
– kalau tak nanti potong tepi dpt lebihan putih. tak cun la
– kalau da terbuat, pilih balik kat document setup, tambah bleed 2mm at least
– lepas tu, background biasanya tarik saiz sampai kena garisan bleed di luar petak tu

5. Versi tak sama atau lagi latest

– kadang-kadang bila dpt artwork AI dari customer, rupanya designer diorang sangat advance.
– dia pakai CC, kami cuma CS6
– nanti keluar la error macam ni. rupa lari sikit la. takleh nak view betul la.
– cara nak atasi, tanya dulu kedai nak AI versi berapa. Lepas tu save as dan pilih la format yang sesuai dgn kedai print.

OK tu saja. Kalau korang ada isu lagi, boleh share dalam ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *