IpohPrint Zine http://ipohprint.my/blog Design, Printing & Advertising Mon, 12 Feb 2018 05:34:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.3 http://ipohprint.my/blog/wp-content/uploads/2017/10/cropped-logo-ipoh-print-social-1-32x32.jpg IpohPrint Zine http://ipohprint.my/blog 32 32 138153502 20+ Contoh Design Bisnes Kad Yang Sangat Kreatif dan Unik http://ipohprint.my/blog/design-bisnes-kad-sangat-kreatif-unik/ http://ipohprint.my/blog/design-bisnes-kad-sangat-kreatif-unik/#respond Mon, 12 Feb 2018 05:34:31 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=1608   Kredit: BoredPanda

The post 20+ Contoh Design Bisnes Kad Yang Sangat Kreatif dan Unik appeared first on IpohPrint Zine.

]]>

 

Kredit: BoredPanda

The post 20+ Contoh Design Bisnes Kad Yang Sangat Kreatif dan Unik appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/design-bisnes-kad-sangat-kreatif-unik/feed/ 0 1608
5 Item Yang Perlu Ada Apabila Anda Nak Mula Bisnes http://ipohprint.my/blog/5-item-perlu-ada-mula-bisnes/ http://ipohprint.my/blog/5-item-perlu-ada-mula-bisnes/#respond Fri, 26 Jan 2018 04:38:31 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=1592 Tahniah sebab anda mempunyai keberanian untuk memulakan bisnes sendiri. Samada anda buat secara part time atau full time, ini senarai item yang anda perlu sediakan untuk menjalankan bisnes dengan penuh bergaya & konfiden. 1. Business Card Bisnes kad ni marketing tool yang paling senang dibawa sebab saiz yang kecil dan boleh disimpan dalam wallet. Pastikan…

The post 5 Item Yang Perlu Ada Apabila Anda Nak Mula Bisnes appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
Tahniah sebab anda mempunyai keberanian untuk memulakan bisnes sendiri. Samada anda buat secara part time atau full time, ini senarai item yang anda perlu sediakan untuk menjalankan bisnes dengan penuh bergaya & konfiden.

1. Business Card

Bisnes kad ni marketing tool yang paling senang dibawa sebab saiz yang kecil dan boleh disimpan dalam wallet. Pastikan standby 1 kotak dalam kereta, 1 kotak atas meja pejabat dan juga sekurang-kurangnya 5 keping dalam dompet.

Bila jumpa prospek, klien ataupun supplier, boleh la bertukar-tukar bisnes kad.

2. Cop getah

Cop getah ni ibarat cop jari syarikat atau perniagaan anda. Bila nak buka akaun bank, mesti pegawai bank akan minta SSM, cop getah dan kehadiran bisnes owner atau pengarah.

Cop getah ada jenis biasa dan jenis flash stamp yang ada ink yang boleh refill.

3. Buku resit

Bila buat bisnes, mesti akan melibatkan duit keluar masuk. Kalau ada customer beli barang, resit kena beri sebagai bukti pembelian. Sama juga kalau beli barang dengan supplier, kita nak simpan resit untuk rekod.

Tapi kalau nak nampak resit bisnes & syarikat anda lagi diyakini, lebih baik dapatkan buku resit yang siap ada logo, alamat dan nombor telefon.

4. Flyers / brochure

Selain bisnes kad, flyers dan brosur ni pun perlu standby bila buat marketing. Pastikan sentiasa ada dalam beg dan juga dalam kereta.

Flyers biasanya saiz A5 atau A4. Lagi besar lagi banyak info dan gambar boleh dimasukkan.

5. Bunting / banner

Bunting dan banner ni sesuai kalau anda ada premis, kiosk, booth yang nak orang nampak dan datang ke kedai. Kalau buat bisnes dari rumah, bunting pun dah cukup.

Banner juga sesuai untuk buat banner ‘teaser’ atau banner ‘akan dibuka’. Banner sebegini boleh digantung sebulan sebelum kedai anda dibuka.

Selalunya item-item di atas ni boleh ditempah di kedai percetakan. IpohPrint menawarkan perkhidmatan percetakan secara online.

Jangan lupa untuk Share dan Like artikel ini ya. Semoga bisnes anda terus maju jaya!

The post 5 Item Yang Perlu Ada Apabila Anda Nak Mula Bisnes appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/5-item-perlu-ada-mula-bisnes/feed/ 0 1592
Jangan Gantung Bunting di Jalan-Jalan Berikut Kalau Tak Nak Kena Cantas di Ipoh http://ipohprint.my/blog/jangan-gantung-bunting-jalan-larangan-ipoh/ http://ipohprint.my/blog/jangan-gantung-bunting-jalan-larangan-ipoh/#respond Sat, 25 Nov 2017 08:41:25 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=113 Ipoh terletak di bawah Majlis Bandaraya Ipoh, Perak. Senarai di bawah ialah nama jalan yang dilarang gantung bunting. Antara sebab dilarang ialah: jalan untuk urusan rasmi menteri atau VIP jalan di tengah-tengah bandar (CBD) supaya tiang tak nampak serabut dengan iklan hanya untuk gantung iklan dan program dari kerajaan negeri Berikut ialah senarai yang kami…

The post Jangan Gantung Bunting di Jalan-Jalan Berikut Kalau Tak Nak Kena Cantas di Ipoh appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
Ipoh terletak di bawah Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.

Senarai di bawah ialah nama jalan yang dilarang gantung bunting. Antara sebab dilarang ialah:

  • jalan untuk urusan rasmi menteri atau VIP
  • jalan di tengah-tengah bandar (CBD)
  • supaya tiang tak nampak serabut dengan iklan
  • hanya untuk gantung iklan dan program dari kerajaan negeri

Berikut ialah senarai yang kami dapat dari pejabat penguatkuasa MBI.

Tempat/Lokasi Pemasangan Gegantung Yang Tidak Dibenarkan

Last update: Oktober 2017

  1. Jalan Raja DiHilir (kediaman Menteri Besar hingga lampu isyarat Hospital Pantai Putri)
  2. Jalan Sultan Azlan Shah Utara (persimpangan masuk Lebuh Raya hadapan Pejabat PLUS hingga Jalan Raja Dr. Nazrin Shah)
  3. Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (Bulatan Medan Kidd hinga hadapan Sek. Men. Yok Choy)
  4. Kawasan Pusat Bandar
  5. Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (Bulatan Menteri Besar hingga Stesen Minyak Petronas)
  6. Jalan Raja Ashman (Jln Hospital) bermula dari Bulatan Anderson hingga Bulatan Hospital
  7. Jalan Lapangan Terbang (lampu isyarat persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah Selatan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah)
  8. Jalan Dato Seri Ahmad Said
  9. Jalan Sultan Abdul Jalil
  10. Jalan Lahat – Roundabout Kacang
  11. Lebuhraya Ipoh-Lumut
  12. Jalan Kuala Kangsar – Klebang Restu
  13. Jalan Simpang Pulai
  14. Jalan Pasir Puteh – Station 18
  15. Jalan Raja Musa Aziz

The post Jangan Gantung Bunting di Jalan-Jalan Berikut Kalau Tak Nak Kena Cantas di Ipoh appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/jangan-gantung-bunting-jalan-larangan-ipoh/feed/ 0 113
11 Jenis Media (Kertas) Yang Biasa Digunakan Di Kedai Percetakan http://ipohprint.my/blog/10-media-kertas-percetakan/ http://ipohprint.my/blog/10-media-kertas-percetakan/#respond Wed, 22 Nov 2017 01:00:50 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=77 Kalau sebut printing atau percetakan, mesti tak lari daripada kertas ataupun bahan yang digunakan untuk dicetak. Dalam bidang percetakan, bahan untuk dicetak biasanya disebut ‘media’ sebab itu bahasa yang digunakan di dalam setting printer. Terdapat pelbagai jenis kertas dan kad (media) yang boleh digunakan untuk mencetak. Setiap cetakan perlu dikenalpasti apakah kegunaannya baru kita boleh…

The post 11 Jenis Media (Kertas) Yang Biasa Digunakan Di Kedai Percetakan appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
Kalau sebut printing atau percetakan, mesti tak lari daripada kertas ataupun bahan yang digunakan untuk dicetak. Dalam bidang percetakan, bahan untuk dicetak biasanya disebut ‘media’ sebab itu bahasa yang digunakan di dalam setting printer.

Terdapat pelbagai jenis kertas dan kad (media) yang boleh digunakan untuk mencetak. Setiap cetakan perlu dikenalpasti apakah kegunaannya baru kita boleh tentukan apa jenis media yang sesuai untuk dicetak. Lain media, lain mesin cetaknya. Tak semua media boleh dicetak guna mesin offset atau digital.

Jom kenali kertas dan kegunaannya.

Ketebalan

Media ni ada pelbagai ketebalan. Kertas ni biasanya untuk ketebalan bawah 160gsm. Lagi tinggi dari 160gsm disebut kad.

Kategori kertas

1. Simili / woodfree paper

Ciri-ciri:

  • Kertas yang sangat popular digunakan di pejabat
  • Berat antara 70gsm – 100gsm
  • Biasanya berwarna putih. Tapi boleh juga didapati dalam pelbagai warna.Kegunaan:
  • Fotostat
  • Dokumen
  • Modul pelajaran, kertas peperiksaan
  • Resit dan invois
  • Cetakan umum di pejabat / rumah

Harga 1 ream bergantung mengikut ketebalan. Jenama IK 80gsm dalam RM10. Double A dalam RM12.

2. Art paper

Ciri-ciri:
Berat antara 80gsm – 157gsm
Berwarna putih
Permukaan licin

Kegunaan:

  • Risalah / flyers / brochure
  • Poster
  • Majalah

3. Craft paper

Asalnya untuk buat projek kraf yang kreatif. Warnanya perang.

Ciri-ciri:

  • Berat di antara 157-310gsm
  • Memilik tekstur yang ksar
  • Berwarna perang

Kegunaan:

  • Kad Kahwin

4. Conqueror paper

Ciri-ciri:

  • Berat di antara 216 – 446 gsm.
  • Memiliki tekstur yang kasar, serat berbentuk garis halus
  • Tebal
  • Berwarna putih atau krim

Kegunaan:

  • Sijil
  • Surat undangan
  • Kad ucapan
  • Menu restoran

Kategori kad

5. Art card

Berat antara 230gsm – 360gsm
Sesuai untuk cetakan warna
Permukaan ada jenis glossy dan juga matt. Biasanya glossy lebih nampak warna menarik.

Kegunaan:

  • Bisnes Kad
  • Poskad
  • Kulit buku
  • Katalog

6. Ivory card

Ivory card atau simili card, sama macam simili paper bezanya pada ketebalan.

7. Linen card

Ciri-ciri:
Berat di antara 216 – 446 gsm.
Mempunyai tekstur garisan yang halus dan cetakan timbul dengan corak ‘crosshatch
Tebal

Kegunaan:

  • Kad ucapan
  • Kad nama
  • Poskad
  • Kulit buku atau nota
  • Menu restoran

8. Craft card

Ciri-ciri:
Berat antara 40 – 135 gsm.
Tekstur berliang
Permukaan agak kasar
Berwarna coklat

Kegunaan:

  • Kad ucapan
  • Bag Kertas
  • Pembungkusan produk

9. Gray board

Kategori PVC & large format

10. Tarpaulin PVC

11. Synthetic paper

 

 

 

Rujukan:
http://www.anugerahdino.com/2014/03/jenis-jenis-dan-ukuran-kertas.html
http://designprintingmy.blogspot.my/
https://www.papermilldirect.co.uk/inspire/post/say-hello-to-our-beautiful-textured-linen-card
http://clover-online.com/ukuran-berat-kertas-gramatur-kertas.html

The post 11 Jenis Media (Kertas) Yang Biasa Digunakan Di Kedai Percetakan appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/10-media-kertas-percetakan/feed/ 0 77
10+ Software & App Terkini Untuk Hasilkan Design Bahan Marketing http://ipohprint.my/blog/software-app-design-marketing/ http://ipohprint.my/blog/software-app-design-marketing/#respond Tue, 21 Nov 2017 00:03:05 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=4 Tahukah anda sebenarnya ada banyak software dan juga app yang boleh anda gunakan untuk buat design? Kali ini kami nak kongsikan senarai software yang boleh digunakan, tak kisahlah anda bisnes owner ataupun graphic designer. Ini adalah software dan app yang ada di pasaran yang perlu anda tahu. 1. Adobe Illustrator Yang ni memang sangat popular…

The post 10+ Software & App Terkini Untuk Hasilkan Design Bahan Marketing appeared first on IpohPrint Zine.

]]>

Tahukah anda sebenarnya ada banyak software dan juga app yang boleh anda gunakan untuk buat design? Kali ini kami nak kongsikan senarai software yang boleh digunakan, tak kisahlah anda bisnes owner ataupun graphic designer. Ini adalah software dan app yang ada di pasaran yang perlu anda tahu.

1. Adobe Illustrator

Yang ni memang sangat popular dikalangan designer. Guna untuk lukis format vector. Software wajib kedai printing macam IpohPrint.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Ada dua versi. Versi Creative Cloud boleh download secara online di website Adobe.com pada harga langganan RM89 sebulan termasuk future upgrades.

Versi CS6 boleh dibeli di Lazada pada harga retail RM1,200.00

Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

2. Adobe Photoshop

Software ni lebih sesuai untuk edit dan touch up gambar. Tapi kalau nak buat design pun boleh juga.

Kegunaan: Photo manipulation, crop gambar produk dan orang, touch up muka buang jerawat.

Ada dua versi. Versi Creative Cloud boleh download secara online di website Adobe.com pada harga langganan RM89 sebulan termasuk future upgrades.

Versi CS6 boleh dibeli di Lazada pada harga retail RM1,200.00

Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

3. CorelDRAW Graphics Suite

Software ni macam Illustrator juga. Guna untuk lukis format vector.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh dapatkan secara online di website CorelDRAW pada harga langganan RM73 sebulan. Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

4. Affinity Designer

Software ni macam Illustrator juga. Dibangunkan oleh Serif. Pernah mendapat anugerah best App 2016.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh dapatkan secara online di website Affinity Designer pada harga RM199.90. Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

5. Affinity Photo

Software ni macam Photoshop juga. Dibangunkan oleh Serif.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh dapatkan secara online di website Affinity Photo pada harga RM199.90. Boleh digunakan di komputer Windows, macOS dan iPad.

6. Canva

Yang ni kategori web app pula. Maksudnya kena access secara online, guna internet. Boleh buat design secara online dan terdapat pelbagai template sebagai inspirasi.

Kegunaan: design flyer, brochure, poster, booklet dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Canva. Anda hanya di caj kalau gunakan gambar stock photo. Boleh digunakan di browser di komputer Windows dan macOS. Canva juga ada versi iOS untuk digunakan dengan iPhone atau iPad di App Store.

7. Gravit Designer

Web app ini juga menggunakan konsep Adobe Illustrator. Anda boleh buat lukisan format vector.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Gravit Designer. Boleh digunakan di dalam browser di komputer Windows dan Mac.

8. Gravit Klex

Web app ini juga meniru konsep Canva tetapi dibangunkan oleh team yang sama dengan Gravit. Dari segi user experience memang win.  Boleh buat design secara online dan terdapat pelbagai template sebagai inspirasi.

Kegunaan: design flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Klex.io. Boleh digunakan di dalam browser di komputer Windows dan Mac.

9. Crello

Crello ni juga berfungsi seperti Canva. Boleh buat design secara online dan terdapat pelbagai template sebagai inspirasi.

Kegunaan: design flyer, brochure, poster, booklet dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Crello. Anda hanya di caj kalau gunakan gambar stock photo. Boleh digunakan di browser di komputer Windows dan Mac.

9. Desygner

Desygner ni juga berfungsi seperti Canva. Boleh buat design secara online dan terdapat pelbagai template sebagai inspirasi.

Kegunaan: design flyer, brochure, poster, booklet dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Desygner. Anda hanya di caj kalau gunakan gambar stock photo. Boleh digunakan di browser di komputer Windows dan Mac. Terdapat juga versi Android yang boleh download di Google Play Store.

11. Microsoft Publisher

Yang ni software terakhir kami letakkan dalam senarai ni. Kami pasti kebanyakan computer yang ada Word, Excel, Powerpoint mesti akan install sekali Publisher ni. Tak semua kedai printing ada software ni. Pastikan anda hantar file PDF yang telah setting dengan betul sebelum hantar untuk print.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster, booklet dan sebagainya.

Kalau PC anda takde Office 365, anda boleh beli secara online di website Microsoft pada harga RM 379.99 setahun. Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

Kesimpulan

Kesemua software di atas kami rekemen sebab ada fungsi untuk save high resolution JPEG/PNG dan juga format PDF. Kedai printing biasanya prefer format PDF supaya boleh terus print.

Senarai ini akan kami update dam masa ke masa. Klik share dan like dan sebarkan supaya kawan-kawan anda pun tahu.

Gambar kredit: IT Solution Cambodia

The post 10+ Software & App Terkini Untuk Hasilkan Design Bahan Marketing appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/software-app-design-marketing/feed/ 0 4
20+ Istilah dan Jargon dalam Dunia Percetakan Yang Perlu Anda Ketahui http://ipohprint.my/blog/20-istilah-jargon-dunia-percetakan/ http://ipohprint.my/blog/20-istilah-jargon-dunia-percetakan/#respond Mon, 20 Nov 2017 01:00:43 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=75 Jargon atau istilah yang selalu digunakan oleh orang dalam industri percetakan. 1. Digital printing Cetakan yang pantas dan boleh ambil order kecil walau sekeping. 2. Offset printing Cetak atas kertas yang besar dan banyak. kemudian dipotong kecil. Perlu kuantiti yang banyak. 3. Inkjet printing Cetak banner, bunting, billboard dan sebagainya, atas permukaan yang besar 4.…

The post 20+ Istilah dan Jargon dalam Dunia Percetakan Yang Perlu Anda Ketahui appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
Jargon atau istilah yang selalu digunakan oleh orang dalam industri percetakan.

1. Digital printing
Cetakan yang pantas dan boleh ambil order kecil walau sekeping.

2. Offset printing
Cetak atas kertas yang besar dan banyak. kemudian dipotong kecil. Perlu kuantiti yang banyak.

3. Inkjet printing
Cetak banner, bunting, billboard dan sebagainya, atas permukaan yang besar

4. Saddle stitch
Untuk buat booklet, buku program. Selalunya bila kertas lipat dua, kemudian stapler di tengah.

5. Perfect binding
Binding macam majalah atau buku. Kulit nipis.

6. Hard bound
Untuk buku yang hard cover / kulit tebal, macam thesis kena hard bound.

7. Silkscreen printing
Design Baju yang di cop guna. Kalau design t-shirt satu/dua warna dan kuantiti banyak.

8. Sublimation
Print design/corak atas kain lepas tu baru jahit.

9. Heatpress
Proses pemanasan untuk lekatkan design sticker pada baju, mug dan sebagainya.

10. Bleed
Apabila artwork tu terkeluar dari artboard untuk dicetak

11. FA
Final artwork yang kedai atau kilang perlukan, ada bleed, tulisan dah create outline, gambar dah embed, format PDF dan warna CMYK.

12. Large format
Cetakan poster berwarna bersaiz lebih besar dari A3 seperti A2, A1 dan A0.

13. Plotter
Cetakan hitam putih, selalunya untuk lukisan pelan arkitek, bangunan, kontraktor.

14. Die cut
Sticker yang dipotong mengikut bentuk custom.

15. Finishing
Proses kemasan yang dibuat selepas print seperti potong, trim, laminate dan sebagainya.

16. Laminate
Proses memasang lapisan plastik supaya nampak berkilat atau kusam.

17. Spot UV / berkilat timbul
Untuk nampak efek berkilat pada logo dan rasa timbul bila disentuh.

18. Hot stamping / berkilat keemasan / silver
Untuk nampak eksklusif bila ada tulisan, logo atau corak yang berwarna emas, silver yang berkilauan.

19. Finishing Metallic
Kemasan yang nampak macam cat kereta. Sesuai untuk packaging kalau nak nampak premium.

20. Creasing Line
Garisan ni untuk buat lipatan brochure atau packaging tu kemas. Supaya bila lipat takde kesan ‘crack’.

21. Perforate
Banyak digunakan untuk buat kupon atau baucar, senang nak koyak.

The post 20+ Istilah dan Jargon dalam Dunia Percetakan Yang Perlu Anda Ketahui appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/20-istilah-jargon-dunia-percetakan/feed/ 0 75
5 Perkara Yang Buat Printing Geram Bila Dapat Artwork Dari Pelanggan http://ipohprint.my/blog/5-perkara-yang-buat-printing-geram-bila-dapat-artwork-dari-pelanggan/ http://ipohprint.my/blog/5-perkara-yang-buat-printing-geram-bila-dapat-artwork-dari-pelanggan/#respond Fri, 17 Nov 2017 01:00:50 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=73 Sejak aku buat bisnes printing 2 tahun ni, ada macam2 ragam dan kerenah pelanggan yang tim kami terpaksa layan. Tapi sebagai designer ni adalah 5 perkara yang memang geram bila dapat artwork dari pelanggan. 1. Missing Font – yang ni selalu berlaku kalau guna font yang takde dalam komputer orang lain – bukan semua design…

The post 5 Perkara Yang Buat Printing Geram Bila Dapat Artwork Dari Pelanggan appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
Sejak aku buat bisnes printing 2 tahun ni, ada macam2 ragam dan kerenah pelanggan yang tim kami terpaksa layan.

Tapi sebagai designer ni adalah 5 perkara yang memang geram bila dapat artwork dari pelanggan.

1. Missing Font

– yang ni selalu berlaku kalau guna font yang takde dalam komputer orang lain
– bukan semua design guna font standard macam arial, times new roman
– kadang standard – windows dan mac pun berbeza. helvetica, avenir
– so camne nak atasi – da 2. attach file font yang super fancy/canggih dgn file AI
– cara ke2 – create outline. tapi yg ni kalau betul da final artwork. kalau tak jenuh nak adjust text

2. Image Missing Link

– yg ni berlaku, kalau designer hanya Place image ke dlm AI. AI ni bijak. dia akan refer location yg ada dlm computer designer
– tapi bila transfer file ke computer kedai Print, file tu tak wujud dlm location tu
– cara nak atasi, setiap gambar tu kena tekan butang ‘Embed’

3. Terlebih resolution

– yang ni standard la bila da embed gambar, atau copy paste dari tempat lain
– gambar asal super duper besar. bila designer masukkan dlm AI, dia pun resize jela mcm biasa
– tapi AI ni masih simpan file asal
– so jadi la resolution terlebih dari standard printing iaitu 300dpi
– nak atasi – tekan Object – Rasterise. Kalau perlu transparent, pilih transparent

4. Takde bleed

– tak semua designer faham kepentingan bleed ni. bleed ni ialah ruangan extra yg kita akan potong di atasnya.
– kalau tak nanti potong tepi dpt lebihan putih. tak cun la
– kalau da terbuat, pilih balik kat document setup, tambah bleed 2mm at least
– lepas tu, background biasanya tarik saiz sampai kena garisan bleed di luar petak tu

5. Versi tak sama atau lagi latest

– kadang-kadang bila dpt artwork AI dari customer, rupanya designer diorang sangat advance.
– dia pakai CC, kami cuma CS6
– nanti keluar la error macam ni. rupa lari sikit la. takleh nak view betul la.
– cara nak atasi, tanya dulu kedai nak AI versi berapa. Lepas tu save as dan pilih la format yang sesuai dgn kedai print.

OK tu saja. Kalau korang ada isu lagi, boleh share dalam ruangan komen.

The post 5 Perkara Yang Buat Printing Geram Bila Dapat Artwork Dari Pelanggan appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/5-perkara-yang-buat-printing-geram-bila-dapat-artwork-dari-pelanggan/feed/ 0 73
10+ Tips berkaitan Design dan Percetakan Untuk Pemilik Bisnes http://ipohprint.my/blog/10-tips-berkaitan-design-dan-percetakan-untuk-pemilik-bisnes/ http://ipohprint.my/blog/10-tips-berkaitan-design-dan-percetakan-untuk-pemilik-bisnes/#respond Wed, 15 Nov 2017 01:00:20 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=71 Pemilik bisnes atau bisnes owners. Kalau ada graphic designer, pastikan anda sampaikan tips ni pada staf anda. Mesti kedai printing macam IpohPrint akan sayang kat anda. Gunakan template dari FreePik – jgn lupa bagi credit Gambar stock photo ambil di Pixabay. Jgn Google Image. Guna Canva utk buat artwork guna template – free lagi. Create…

The post 10+ Tips berkaitan Design dan Percetakan Untuk Pemilik Bisnes appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
Pemilik bisnes atau bisnes owners. Kalau ada graphic designer, pastikan anda sampaikan tips ni pada staf anda. Mesti kedai printing macam IpohPrint akan sayang kat anda.

  1. Gunakan template dari FreePik – jgn lupa bagi credit
  2. Gambar stock photo ambil di Pixabay. Jgn Google Image.
  3. Guna Canva utk buat artwork guna template – free lagi.
  4. Create Outline sebelum print – supaya takde isu missing font
  5. Illustrator: Buat bleed at least 2mm

  1. Nak effect berkilat, pastikan buat satu layer warna hitam dan namakan HOT STAMPING.
  2. Sentiasa save saiz sebenar dalam format PDF tak kisah guna software apa pun.
  3. Proofread / semak sebelum hantar print. cetak sehelai dulu.
  4. Jangan hantar file gambar guna Whatsapp. Nanti pecah. tak cantik bila print atas kertas.
  5. Buat banner pakai Powerpoint pun boleh. tapi save sbg PDF
  6. Letterhead yg cun elok ada warna. boleh print dgn kami. isi surat pakai printer biasa je
  7. Nak print sijil dan nama banyak? Cuba guna Mail Merge.
  8. Pastikan kalau join event/expo, flyers da siap cetak at least 2 hari sebelum event tersebut. Kalau dah ada design, tempah at least seminggu awal. Bukan minggu tu juga baru nak tempah.

The post 10+ Tips berkaitan Design dan Percetakan Untuk Pemilik Bisnes appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/10-tips-berkaitan-design-dan-percetakan-untuk-pemilik-bisnes/feed/ 0 71
Berapakah Kos Pemasaran dan Edaran Flyer? http://ipohprint.my/blog/berapakah-kos-pemasaran-dan-edaran-flyer/ http://ipohprint.my/blog/berapakah-kos-pemasaran-dan-edaran-flyer/#respond Mon, 13 Nov 2017 01:00:04 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=69 Yang ni pun macam sama je dgn bunting Sama tapi lain sikit First tu bunting ni kena gantung kat tiang jalan ataupun pokok. proses panjang sebab melibatkan DBP dan PBT. kos pun tinggi tapi kalau buat banyak, ROI memang tinggi. tu sebab kat Ipoh, developer dan marketing ringkas je. kalau flyer pula lagi senang, takperlu…

The post Berapakah Kos Pemasaran dan Edaran Flyer? appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
Yang ni pun macam sama je dgn bunting

Sama tapi lain sikit

First tu bunting ni kena gantung kat tiang jalan ataupun pokok. proses panjang sebab melibatkan DBP dan PBT. kos pun tinggi tapi kalau buat banyak, ROI memang tinggi. tu sebab kat Ipoh, developer dan marketing ringkas je.

kalau flyer pula lagi senang, takperlu approval selain diri sendiri.

nak edar flyer ke rumah lagi la letih.

so kena la upah orang atau outsource. serius tak mahal.

10,000 keping, boleh dapat RM350 je. satu keping baru 3.5 sen.

The post Berapakah Kos Pemasaran dan Edaran Flyer? appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/berapakah-kos-pemasaran-dan-edaran-flyer/feed/ 0 69
Berapakah Kos Untuk Pengiklanan Bunting http://ipohprint.my/blog/kos-pengiklanan-bunting/ http://ipohprint.my/blog/kos-pengiklanan-bunting/#respond Fri, 10 Nov 2017 01:00:32 +0000 http://ipohprint.my/blog/?p=67 Kalau anda dah baca artikel sebelum ni, ada 13 perkara yang anda perlu tahu kalau nak gantung bunting sendiri. Tapi kalau setakat 2-3 keping, larat lagi. Kalau dah sampai 100 keping, memang tak larat weh. Tapi bunting ni paling senang nak buat kat Ipoh. Kalau di Kuala Lumpur, kebanyakan jalan utama di tengah bandar tak…

The post Berapakah Kos Untuk Pengiklanan Bunting appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
Kalau anda dah baca artikel sebelum ni, ada 13 perkara yang anda perlu tahu kalau nak gantung bunting sendiri. Tapi kalau setakat 2-3 keping, larat lagi. Kalau dah sampai 100 keping, memang tak larat weh.

Tapi bunting ni paling senang nak buat kat Ipoh. Kalau di Kuala Lumpur, kebanyakan jalan utama di tengah bandar tak dibenarkan gantung bunting sebab dah ada company advertising gergasi macam Big Tree dan monopoli.

Tu yang banyak nampak bunting ni orang buat secara ‘haram’ di sepanjang highway, MRR2 dan sebagainya.

Anggaran harga

Berikut ialah harga anggaran sahaja. Lain kedai lain harga.

  • Kos print 1 bunting 2′ x 6′ = antara RM19.20 – RM30
  • 100 helai bunting = antara RM 1440 hingga RM3000
  • Permit, runner & gantung untuk 2 minggu (14 hari) di Ipoh lebih kurang RM 4950

Jumlah lebih kurang RM 6390 la untuk 2 minggu iklan di 100 batang lampu.

Nak buat anggaran harga boleh guna kalkulator kira iklan bunting.

Berapa kiraan ROI, reach dan impression?

First sekali. Memang takkan dapat nak measure ni. Offline khususnya outdoor advertising ni, data yang paling ada ialah trafik dan bilangan kereta  lalu di jalan tersebut. Yang ni JKR atau Jabatan Perangkaan ada data ni.

Kalau rajin, anda boleh kira berapa trafik kereta dan motor di situ setiap hari. Ambil average je. Katakan satu jalan sepanjang hari ada 1000 kereta ulang-alik di jalan tersebut.

Kalau letak kat 5 jalan, ada 5000 kereta sehari. Aku takde data jalan. main teka je. satu cara nak teka ialah berdasarkan bilangan rumah kat area situ.
Letak seminggu, 5000 kereta tu akan tengok dua kali setiap hari time pergi kerja dan balik.

Mahal ke RM5000 tu untuk 5000 kereta ? kiranya kos nak reach 1 kereta = RM1 la. tapi kena ingat, 1 kereta boleh jadi 2-3 orang termasuk family atau kawan. mmg RM1 tu kiranya boleh kata purata 2 orang.

Kos nak reach seorang ialah RM0.50 saja.

Murah ke murah?

Kelebihan dan kekurangan

Setiap jenis tools ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Online vs Offline. Memang dalam artikel sebelum ni dah cakap, kos ni memang mahal.

Kami percaya bunting ialah penting untuk buat BRAND AWARENESS di kawasan setempat.

Paling senang, bunting juga boleh direct orang dengan anak panah terus ke lokasi kedai.

OK nak compare dgn FB. korang mesti pernah tengok funnel kan. Nak kena kumpul seramai mungkin org Like. pastu proses marketing, optimize iklan lagi, engagement lagi.

kalau 1 hari spend iklan RM 100, ada RM3000 juga habis kt FB saja. pastu yang nak bayar gaji staf designer dengan copywriter dah lebih RM 4000 sebulan. sini je dah RM 7000 sebulan kan?

Nampak tak beza antara dua tools ni?

Masing-masing ada advantage. saya kadang kesian tengok kedai makan ke, kedai dobi baru buka. tapi krik2 xde org dtg.

Selain itu, untuk usahawan yang dah lama meniaga, nak belajar FB sangat teknikal. Kelas advance yang teknikal pun harga beribu-ribu ringgit.

Bunting ni memang sangat senang nak tarik org tempatan especially kalau korang ada kedai fizikal dan tak segan nak orang datang.

IpohPrint menawarkan khidmat printing dan installation bunting. Hubungi kami / WhatsApp ke 010-324 0730 untuk pertanyaan lanjut.

Klik untuk WhatsApp.

The post Berapakah Kos Untuk Pengiklanan Bunting appeared first on IpohPrint Zine.

]]>
http://ipohprint.my/blog/kos-pengiklanan-bunting/feed/ 0 67