Berapakah Kos Untuk Pengiklanan Bunting

Kalau anda dah baca artikel sebelum ni, ada 13 perkara yang anda perlu tahu kalau nak gantung bunting sendiri. Tapi kalau setakat 2-3 keping, larat lagi. Kalau dah sampai 100 keping, memang tak larat weh.

Tapi bunting ni paling senang nak buat kat Ipoh. Kalau di Kuala Lumpur, kebanyakan jalan utama di tengah bandar tak dibenarkan gantung bunting sebab dah ada company advertising gergasi macam Big Tree dan monopoli.

Tu yang banyak nampak bunting ni orang buat secara ‘haram’ di sepanjang highway, MRR2 dan sebagainya.

Anggaran harga

Berikut ialah harga anggaran sahaja. Lain kedai lain harga.

  • Kos print 1 bunting 2′ x 6′ = antara RM19.20 – RM30
  • 100 helai bunting = antara RM 1440 hingga RM3000
  • Permit, runner & gantung untuk 2 minggu (14 hari) di Ipoh lebih kurang RM 4950

Jumlah lebih kurang RM 6390 la untuk 2 minggu iklan di 100 batang lampu.

Nak buat anggaran harga boleh guna kalkulator kira iklan bunting.

Berapa kiraan ROI, reach dan impression?

First sekali. Memang takkan dapat nak measure ni. Offline khususnya outdoor advertising ni, data yang paling ada ialah trafik dan bilangan kereta  lalu di jalan tersebut. Yang ni JKR atau Jabatan Perangkaan ada data ni.

Kalau rajin, anda boleh kira berapa trafik kereta dan motor di situ setiap hari. Ambil average je. Katakan satu jalan sepanjang hari ada 1000 kereta ulang-alik di jalan tersebut.

Kalau letak kat 5 jalan, ada 5000 kereta sehari. Aku takde data jalan. main teka je. satu cara nak teka ialah berdasarkan bilangan rumah kat area situ.
Letak seminggu, 5000 kereta tu akan tengok dua kali setiap hari time pergi kerja dan balik.

Mahal ke RM5000 tu untuk 5000 kereta ? kiranya kos nak reach 1 kereta = RM1 la. tapi kena ingat, 1 kereta boleh jadi 2-3 orang termasuk family atau kawan. mmg RM1 tu kiranya boleh kata purata 2 orang.

Kos nak reach seorang ialah RM0.50 saja.

Murah ke murah?

Kelebihan dan kekurangan

Setiap jenis tools ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Online vs Offline. Memang dalam artikel sebelum ni dah cakap, kos ni memang mahal.

Kami percaya bunting ialah penting untuk buat BRAND AWARENESS di kawasan setempat.

Paling senang, bunting juga boleh direct orang dengan anak panah terus ke lokasi kedai.

OK nak compare dgn FB. korang mesti pernah tengok funnel kan. Nak kena kumpul seramai mungkin org Like. pastu proses marketing, optimize iklan lagi, engagement lagi.

kalau 1 hari spend iklan RM 100, ada RM3000 juga habis kt FB saja. pastu yang nak bayar gaji staf designer dengan copywriter dah lebih RM 4000 sebulan. sini je dah RM 7000 sebulan kan?

Nampak tak beza antara dua tools ni?

Masing-masing ada advantage. saya kadang kesian tengok kedai makan ke, kedai dobi baru buka. tapi krik2 xde org dtg.

Selain itu, untuk usahawan yang dah lama meniaga, nak belajar FB sangat teknikal. Kelas advance yang teknikal pun harga beribu-ribu ringgit.

Bunting ni memang sangat senang nak tarik org tempatan especially kalau korang ada kedai fizikal dan tak segan nak orang datang.

IpohPrint menawarkan khidmat printing dan installation bunting. Hubungi kami / WhatsApp ke 010-324 0730 untuk pertanyaan lanjut.

Klik untuk WhatsApp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *