10+ Software & App Terkini Untuk Hasilkan Design Bahan Marketing

Tahukah anda sebenarnya ada banyak software dan juga app yang boleh anda gunakan untuk buat design? Kali ini kami nak kongsikan senarai software yang boleh digunakan, tak kisahlah anda bisnes owner ataupun graphic designer. Ini adalah software dan app yang ada di pasaran yang perlu anda tahu.

1. Adobe Illustrator

Yang ni memang sangat popular dikalangan designer. Guna untuk lukis format vector. Software wajib kedai printing macam IpohPrint.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Ada dua versi. Versi Creative Cloud boleh download secara online di website Adobe.com pada harga langganan RM89 sebulan termasuk future upgrades.

Versi CS6 boleh dibeli di Lazada pada harga retail RM1,200.00

Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

2. Adobe Photoshop

Software ni lebih sesuai untuk edit dan touch up gambar. Tapi kalau nak buat design pun boleh juga.

Kegunaan: Photo manipulation, crop gambar produk dan orang, touch up muka buang jerawat.

Ada dua versi. Versi Creative Cloud boleh download secara online di website Adobe.com pada harga langganan RM89 sebulan termasuk future upgrades.

Versi CS6 boleh dibeli di Lazada pada harga retail RM1,200.00

Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

3. CorelDRAW Graphics Suite

Software ni macam Illustrator juga. Guna untuk lukis format vector.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh dapatkan secara online di website CorelDRAW pada harga langganan RM73 sebulan. Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

4. Affinity Designer

Software ni macam Illustrator juga. Dibangunkan oleh Serif. Pernah mendapat anugerah best App 2016.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh dapatkan secara online di website Affinity Designer pada harga RM199.90. Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

5. Affinity Photo

Software ni macam Photoshop juga. Dibangunkan oleh Serif.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh dapatkan secara online di website Affinity Photo pada harga RM199.90. Boleh digunakan di komputer Windows, macOS dan iPad.

6. Canva

Yang ni kategori web app pula. Maksudnya kena access secara online, guna internet. Boleh buat design secara online dan terdapat pelbagai template sebagai inspirasi.

Kegunaan: design flyer, brochure, poster, booklet dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Canva. Anda hanya di caj kalau gunakan gambar stock photo. Boleh digunakan di browser di komputer Windows dan macOS. Canva juga ada versi iOS untuk digunakan dengan iPhone atau iPad di App Store.

7. Gravit Designer

Web app ini juga menggunakan konsep Adobe Illustrator. Anda boleh buat lukisan format vector.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Gravit Designer. Boleh digunakan di dalam browser di komputer Windows dan Mac.

8. Gravit Klex

Web app ini juga meniru konsep Canva tetapi dibangunkan oleh team yang sama dengan Gravit. Dari segi user experience memang win.  Boleh buat design secara online dan terdapat pelbagai template sebagai inspirasi.

Kegunaan: design flyer, brochure, poster dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Klex.io. Boleh digunakan di dalam browser di komputer Windows dan Mac.

9. Crello

Crello ni juga berfungsi seperti Canva. Boleh buat design secara online dan terdapat pelbagai template sebagai inspirasi.

Kegunaan: design flyer, brochure, poster, booklet dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Crello. Anda hanya di caj kalau gunakan gambar stock photo. Boleh digunakan di browser di komputer Windows dan Mac.

9. Desygner

Desygner ni juga berfungsi seperti Canva. Boleh buat design secara online dan terdapat pelbagai template sebagai inspirasi.

Kegunaan: design flyer, brochure, poster, booklet dan sebagainya.

Boleh buka akaun secara percuma di Desygner. Anda hanya di caj kalau gunakan gambar stock photo. Boleh digunakan di browser di komputer Windows dan Mac. Terdapat juga versi Android yang boleh download di Google Play Store.

11. Microsoft Publisher

Yang ni software terakhir kami letakkan dalam senarai ni. Kami pasti kebanyakan computer yang ada Word, Excel, Powerpoint mesti akan install sekali Publisher ni. Tak semua kedai printing ada software ni. Pastikan anda hantar file PDF yang telah setting dengan betul sebelum hantar untuk print.

Kegunaan: design bisnes kad, flyer, brochure, poster, booklet dan sebagainya.

Kalau PC anda takde Office 365, anda boleh beli secara online di website Microsoft pada harga RM 379.99 setahun. Boleh digunakan di komputer Windows dan macOS.

Kesimpulan

Kesemua software di atas kami rekemen sebab ada fungsi untuk save high resolution JPEG/PNG dan juga format PDF. Kedai printing biasanya prefer format PDF supaya boleh terus print.

Senarai ini akan kami update dam masa ke masa. Klik share dan like dan sebarkan supaya kawan-kawan anda pun tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *