Close

Bunting Advertising

IpohPrint provides bunting advertising service in Ipoh.

For RM2500, we will:

  • Print your bunting (60 pieces)
  • Apply permit from city council (7 days permit)
  • Install / hang your bunting on lamp post at selected areas
  • Remove the bunting after permit ended

If you have different quantity needed, please contact us for more information.


Permit Application Requirement

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN IKLAN MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI) 2013 sehingga kini

  1. Nombor rujukan serta tarikh tempoh yang dibenarkan oleh Majlis hendaklah dilekatkan di bahagian bawah sebelah kanan sepanduk/banting/papan pelekat.
  2. Tiap-tiap tuanpunya premis/kedai perlu mengemukakan permit kelulusan apabila diminta oleh pegawai-pegawai Penguatkuasa untuk pemeriksaan.
  3. Perkataan dalam Bahasa Malaysia hendaklah lebih besar dan diutamakan daripada perkataan bahasa yang lain jika kedua-duanya digunakan bersama.
    1. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi semua iklan samada ianya sahaja atau bersama dengan apa-apa bahasa lain.
    2. Perkataan-perkataaan dalam Bahasa Malaysia hendaklah ditempatkan di sebelah atas sekali dan semua perkataan dalam bahasa-bahasa lain jika ada, hendaklah ditempatkan disebelah bawah.
  4. Sepanduk/banting yang telah diluluskan hendaklah :-
    1. Tidak digantung merentangi/melintasi mana-mana jalan.
    2. Sekiranya digantung di premis persendirian (private property), perlu mendapat kebenaran tuanpunya premis terlebih dahulu.
    3. Tidak dipamirkan pada atau berhampiran tempat kediaman YAB Menteri Besar Perak.
    4. Tidak dipamirkan iklan-iklan rokok dan minuman keras.
    5. Tidak dipamirkan dalam atau berdekatan kawasan mana-mana bulatan (roundabout).
    6. Tidak dipamirkan pada bangunan-bangunan kerajaan atau tiang-tiang.
  5. Penggantungan sepanduk/banting hanya dibenarkan mengikut jumlah serta kawasan yang ditetapkan dan diluluskan oleh Majlis sahaja.
  6. Menunjukkan sepanduk/banting sebelum ianya diluluskan.
  7. Majlis boleh mengarah diturunkan mana-mana iklan serta mana-mana struktur yang didirikan khas untuk iklan itu, yang tidak mematuhi Undang-Undang Kecil Iklan (MBI) 2013 serta pindaan-pindaan dan syarat-syarat berkenaan. Tiada pampasan boleh dituntut dari Majlis bagi pembatalan permit tersebut.
  8. Sepanduk/banting yang diturunkan /disita kerana tidak mematuhi Undang-Undang Kecil Iklan (MBI) 2013 serta pindaan-pindaan dan syarat-syarat berkenaan akan dilupuskan tanpa sebarang notis, sekiranya tidak dituntut oleh pemilik/pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh tindakan diambil.
  9. Pemohon dikehendaki membayar wang cagaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh untuk setiap sepanduk/banting yang diluluskan.
  10. Kegagalan pemohon mematuhi Undang-Undang Kecil Iklan (MBI) 2013 serta pindaan-pindaan dan syarat-syarat berkenaan sepanduk/banting maka wang cagaran tersebut tidak akan dikembalikan dan dimasukkan ke dalam akaun pihak Majlis.
Get Quotation