Close

November 11, 2015

Tempah Banner Printing

Banner ataupun sepanduk merupakan sebuah bahan promosi untuk sebarang jenis perniagaan samada kecil atau besar.

Bahan atau material yang digunakan ialah tarpaulin, sebuah tenunan plastik polypropylene. Tarpaulin kelihatan seperti sebuah fabrik yang boleh diregangkan ke semua arah dan juga kalis air. Tarpaulin juga sebuah material yang boleh tahan lama jika didedahkan kepada matahari dan hujan.

Banner tarpaulin sangat sesuai digunakan sebagai backdrop, banner, billboard dan pelbagai lagi. Sifatnya yang kuat membolehkan ia diregangkan mengelilingi bingkai besi.

Kami ada beberapa jenis material banner. Tebal dan nipis.

Cara kiraan harga banner

Harga yang kami tawarkan bergantung kepada jumlah bilangan kaki persegi yang diperlukan.

Contohnya, jika anda menempah banner 10×4 kaki, jumlah kaki persegi ialah 40 kaki persegi. Jika anda tempah beberapa keping (tak kisah design sama atau lain), contohnya anda tempah 10 keping, maka jumlah kaki persegi ialah 40 x 10 keping ialah 400 kaki persegi.

Sehingga hujung tahun 2015, kami menawarkan harga serendah RM1.50 satu kaki persegi jika anda menempah melebihi 300 kaki persegi.

Penghantaran

Kami turut menyediakan khidmat penghantaran terus kepada pelanggan pada kadar yang berpatutan. Jika anda tinggal di sekitar Ipoh, kos penghantaran ialah RM10. Jika anda tinggal di luar Ipoh, kami akan gunakan khidmat PosLaju untuk penghantaran terus ke pintu pejabat atau rumah anda.

Kadar PosLaju bergantung kepada berat. Jika berat tidak melebihi 500gm, kos penghantaran hanyalah RM7.

Kami tidak boleh berikan harga yang tetap kerana setiap banner mempunyai saiz dan bilangan yang berbeza.

Perhidmatan menggantung banner dengan permit

Selain itu, kami juga boleh membantu anda menjalankan kerja promosi dengan menggantungkan banner dan bunting anda di lokasi-lokasi pilihan. Setelah anda berpuas hati dengan design banner, kami akan terus membuat permohonan permit kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk mendapatkan sticker permit. Anda perlu nyatakan lokasi yang ingin digantung beserta bayaran penuh.

Harga bayaran untuk satu sticker ialah RM2 sehari. Jika anda ada satu banner dan ingin permit untuk 7 hari, maka jumlah permit ialah RM14.

Kami akan mengenakan caj perkhidmatan mengikut bilangan banner dan lokasi banner yang ingin digantung.

Tempah banner anda sekarang! 

 

Leave a Reply